ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Jun 2023.

1. Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta pada PKR

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.


2. MCMC ambil tindakan perundangan ke atas Meta, gagal turunkan kandungan memudaratkan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan perundangan ke atas Meta, syarikat induk Facebook kerana gagal menurunkan kandungan memudaratkan.


3. Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023

Inflasi Malaysia terus mereda kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.2 berbanding 126.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.


4. El Nino: Belum ada keputusan kerajaan tentang harga beras - Salahuddin

Masih belum ada keputusan daripada kerajaan tentang harga beras pada masa ini, walaupun terdapat laporan media hari ini mendakwa kenaikan harga beras bakal berlaku bulan depan.


5. Penutupan lorong di lebuh raya dilarang bermula esok

Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.


6. Polis siasat kes pertengkaran penghantar makanan dan warga asing di stesen minyak

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di sini, pada 16 Jun lepas.


7. Najib tarik balik rayuan dapatkan dokumen berkaitan Goldman Sachs, keluarga Zeti

Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


8. 4,907 pegawai setuju lantikan tetap, tujuh tolak - Dr Zaliha

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, jumlah itu merangkumi seramai 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai prgigian dan 316 pegawai farmasi.


9. Pelarasan tarif elektrik: 'Pengguna domestik dengan bil bawah RM708 sebulan tidak terjejas'

Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.


10. Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar, video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit - Saksi

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini satu Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Okt 2021.