ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Oktober 2024.

1. “Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak

Ketika berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, betapa sukar untuk beliau mencari sahabat sejati yang sanggup mendampinginya.


2. Remaja maut, 4 melecur kena renjatan elektrik ketika kait umpan tersangkut pada kabel

Seorang remaja lelaki maut manakala empat yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik di kawasan sawah, di Kampung Tanjung Putus, di sini, pada Rabu.


3. Farid Kamil sudah diberi notis pindah rumah secepat mungkin - Diana Danielle

Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.


4. KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan pernah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri agar tindakan diambil terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.


5. Rakyat Malaysia jadi tentera upahan: PDRM berhubung dengan Kedutaan Rusia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak Kedutaan Rusia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.


6. SPRM reman 2 lagi individu kes kartel perolehan baja bernilai RM60 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warga asing yang dipercayai ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian.


7. Kerajaan tidak pernah bincang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi

Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


8. Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.


9. Kibar bendera asing: Polis rakam percakapan 3 individu

Polis telah merakam percakapan tiga individu berkaitan penganjuran satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Taman Sentosa di sini yang telah mengibarkan bendera negara asing pada 20 Okt lepas.


10. PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat di negara ini, tidak hanya penganut agama Hindu untuk menghayati makna sebenar Deepavali.