ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.


1. Gegar Vaganza 11: Liza Aziz kekal unggul di tangga pertama

Konsert minggu kedua Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi, menyaksikan masih tiada penyingkiran dilakukan.



2. 'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, memberikan pandangannya selepas beberapa kenyataan di media sosial yang beranggapan saingan liga tempatan umpama liga petani.


3. SPM diteruskan hari ini, ribuan calon terjejas banjir

Hari ini akan berlangsung ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan.


4. Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming

Pengalaman mengharungi banjir suatu masa dahulu selain terkesan dengan kesukaran yang sedang dilalui masyarakat di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim membuatkan pempengaruh Khairul Aming tidak menunggu lama untuk menggerakan misi bantuan kemanusiaan.


5. Banjir Kedah: Anak terkilan gagal selamatkan bapa lemas depan mata

Muhammad Khairul Ikhwan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama bapanya, Allahyarham Ismail Hashim memukat ikan di kawasan tersebut pada pukul 7.15 malam.


6. Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi

Mahkamah diberitahu bahawa pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak dilihat tidak serta-merta turun selepas perlanggaran berlaku, namun hanya turun selang beberapa saat kemudian.


7. 'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib

Najib berkata demikian dalam prosiding hari pertama bela diri penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan pengubahan wang haram, di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.


8. NAFAS nafi jadi kartel baja, dapat kontrak secara rundingan terus 

NAFAS telah menerima kontrak bekalan baja itu secara rundingan terus bagi pembekalan dan penghantaran baja kepada petani atau pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara. 


9. Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina 

Pasaran kerja yang kompetitif dan keinginan mencari peluang pendapatan lumayan sering menjadi tarikan utama bagi golongan muda.


10. Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis

Bekas peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.