1. “Harga kotak lebih mahal dari kurma” - PM tegur budaya pembaziran di bulan Ramadan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepentingan kesederhanaan dalam penganjuran majlis berbuka puasa serta sumbangan kerajaan bagi memastikan semangat Ramadan benar-benar dihayati.
2. Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak bertindih dengan tugas jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, tegas Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
3. Lelaki ditahan bunuh, bakar ibu kandung di Alor Setar
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh dan membakar ibunya dalam kejadian di Jalan Tok Keling, Alor Setar, pada Ahad.
4. Ismail Sabri adalah suspek, bukan dipanggil sebagai saksi - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.
5. Wang tunai RM170 juta, 16kg jongkong emas dalam 3 peti besi di 'safe house' - Azam Baki
Wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
6. Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini telah menyita sebanyak 61 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM15 juta berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram.
7. Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
8. Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9. MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.
10. Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata keadaan itu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa di Cherating, Kuantan.
