KUALA LUMPUR: Saluran berita Astro AWANI berjaya merangkul anugerah utama pada majlis Anugerah Media Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) 2022, pada Khamis.
Kategori yang dimenangi ialah Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian melalui Program AWANI Pagi yang bertajuk 'Keselamatan Fasiliti dan Kesihatan Mental di Tempat Kerja' yang dihoskan oleh Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.
Temu bual berkenaan dilaksanakan bersama Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts Shamsul Bahari Shamsudin dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Wawancara tersebut mengupas isu berkaitan keselamatan fasiliti dan kejadian buli di tempat kerja sekali gus mewujudkan persekitaran budaya kerja yang selamat dan kondusif serta kesedaran berkaitan perkara tersebut.
Pada majlis penyampaian anugerah itu, Presiden MSOSH, Ahmad Fakhrul Anuar Ismail berkata, anugerah julung kali diadakan itu bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang bergelar barisan hadapan Pekerjaan Keselamatan dan Kesihatan.
"Merekalah yang bergelumang dengan pelbagai industri di Malaysia bagi memastikan semua operasi dan pekerja berada dalam keadaan selamat. Kerjaya ini adalah satu kerjaya yang mulia kerana usaha mereka adalah untuk memastikan tiada 'gangguan' kepada pekerja sewaktu sedang bekerja.
"Bukan mudah untuk berkecimpung dalam bidang OSH sebagai barisan hadapan. Cabaran menjadi 'orang tengah' antara pihak JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dan majikan bukanlah sesuatu yang mudah dan pelbagai cara serta usaha perlu digembeling untuk memastikan kehendak kedua-dua pihak dapat dilaraskan selurus.
"Matlamat MSOSH bukanlah untuk menunjukkan bahawa mereka ini sempurna, tetapi usaha mereka yang harus disanjung dan diiktiraf maka atas dasar itu diwujudkan MSOSH untuk memberikan semangat kepada rakan-rakan berjuang dalam bidang OSH dengan lebih cemerlang," kata Ahmad Fakhrul.
Majlis penyampaian Anugerah MSOSH disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan turut dihadiri Ketua Pengarah JKKP, Mohd Anuar Embi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Astro Awani
Fri Feb 10 2023

Dua wartawan dan penyampai berita Astro AWANI, Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad merupakan hos bagi program AWANI Pagi bertajuk 'Keselamatan Fasiliti dan Kesihatan Mental di Tempat Kerja' yang meraih Anugerah Media MSOSH 2022.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.