Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.19 pagi.
Beliau berkata, sejurus itu, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani dengan seramai 12 anggota
dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, api sedang marak membakar seluruh blok asrama di pusat pengajian tahfiz berkenaan.
“Tindakan pantas bomba berjaya memadam kebakaran dan mengawal api dari merebak ke bahagian lain.
"Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 80 peratus, namun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam Maahad Tahfiz berkenaan," katanya.
Ismail berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 4.49 pagi dan pemadaman secara overhaul masih dilakukan ketika ini.
Katanya, operasi itu turut dibantu sepasukan enam anggota dari BBP Aman Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bedong.
Beliau berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.