Kapal penyelam dan hidrografi khas, Manawanui itu dilaporkan terkandas di terumbu berhampiran pantai selatan Upolu pada Sabtu malam ketika belayar melakukan tinjauan.
Anggota tentera, Dave Poole, yang menyaksikan kapal tentera laut itu terbakar menyifatkan kejadian sebagai hari yang menyedihkan untuk penduduk di Samoa dan New Zealand.
Tambah Poole, ketika memasuki kawasan teluk, asap masih belum kelihatan namun selepas 15 minit kemudian, asap mula memenuhi ruang udara sebelum tenggelam.
Dalam pada itu, Reuters juga mengesahkan insiden tersebut melalui kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Pertahanan New Zealand, Judith Collins, dan Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Garin Golding.
Tentera Pertahanan New Zealand memaklumkan kesemua 75 anggota kru dan penumpang di atas kapal terbabit selamat. -- Agensi