SERAMAI 27 pemain menerima panggilan untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland, 14 Oktober nanti.

23 pemain itu daripada 26 pemain yang merupakan skuad yang menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan Stuart Wilkin turut kembali semula dalam skuad utama.




Antara yang mencuri tumpuan adalah ketua jurulatih, Pau Marti, turut menyenaraikan tiga pemain muda yang pertama kali menyertai pasukan senior iaitu Azim Al Amin (Selangor) dan dua pemain daripada skuad B-19 negara Haziq Aiman Mohd Esa (Johor Darul Ta'zim II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor B-23). -- Stadium Astro