Perkara itu dilontarkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, apabila ditanya mengenai kerjasama akan datang mereka terhadap industri sukan negara mahupun antarabangsa.
"Semestinya kami akan cuba bantu sukan Malaysia dan juga peringkat ASEAN, kerana syarikat kami juga berada di Filipina dan Thailand.
"Kami akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC, itu adalah apa yang ada dalam rancangan kami." katanya.
Sementara dari segi misi dan visi, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Brand Co, Rudy Khaw, menyasarkan untuk pihak mereka sentiasa menyumbang kembali kepada komuniti sukan negara pada masa akan datang.
"Bagi kami menginspirasi masyarakat adalah satu perkara, tetapi bagaimana mengubahnya menjadi komuniti dengan semua orang bekerja keras bersama-sama, saling membantu satu sama lain.
"Kerana itu kami menyukai sukan, kerana itu semangat dalam AirAsia. Kami mahu lebih ramai mencipta cerita yang mampu mengispirasi individu lain." tambahnya.
Mungkin selepas ini lebih banyak sukan akan diterokai kembali melihat pasukan E-Sports mahupun UFC seperti AirAsia Team Saiyan dan juga pasukan bolasepak seperti Petaling Jaya (PJ) Rangers dalam arena sukan negara.
Malah, usaha yang dilakukan mereka ini akan menjadi contoh kepada semua pihak dalam sama-sama bantu menaikkan komuniti sukan tempatan. - Stadium Astro
