BANGI: Seramai 74 jemaah haji Malaysia terdiri daripada 28 lelaki dan 46 wanita akan berlepas ke Tanah Suci Mekah mulai 26 Jun hingga 2 Julai ini, melalui pakej yang dikelolakan Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel), kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Berhad Datuk Dzulkifli Abd Wahab.
Beliau berkata kesemua jemaah berkenaan akan dikendalikan tiga pembimbing haji termasuk seorang pembimbing wanita bagi melancarkan proses menunaikan ibadah haji sepanjang berada di Mekah.
"Saya yakin dan percaya, pembimbing haji kami (Felda Travel) dapat membimbing jemaah untuk melaksanakan ibadah haji sebaik mungkin.
"Untuk jemaah wanita, mereka beruntung kerana kami sediakan seorang ustazah sebagai pembimbing ibadah (sejak 2018) bagi menjaga keperluan serta keselesaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Haji Perdana Musim 1443H/2022 di sini hari ini.
Felda Travel, anak syarikat FGV Holdings merupakan Pengelola Jemaah Haji yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) mula menawarkan pakej haji pada 2007, dan telah diakreditasi sepenuhnya di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa serta Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia.
Sehingga kini katanya, seramai 1,200 jemaah haji telah menunaikan rukun Islam kelima menerusi pakej haji yang ditawarkan Felda Travel antara RM42,990 dan RM55,990.
"Dengan dibantu petugas berpengalaman, kami komited dapat berikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji serta bersedia sekiranya ada penambahan kuota di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata Felda Travel telah menerima kuota tertinggi jemaah haji pada 2018 iaitu 300 orang.
Seorang jemaah, Rosnani Yunus, 56, yang merupakan pesara guru menyifatkan peluang menunaikan haji sebagai anugerah tidak terhingga walaupun beliau menghidap polio sejak kecil.
"Berbekalkan semangat dan ilmu (teori serta amali) yang saya pelajari daripada kursus haji, saya amat bersedia dari segi fizikal dan mental sebab ini adalah hasrat saya (ke Makkah). Saya pernah dapat tawaran daripada TH pada 2019 tapi terpaksa tolak sebab adik saya belum cukup umur yang ditetapkan (45 tahun)," katanya.
Bekas guru Sejarah dan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, Selangor itu berkata faktor yang mendorong beliau untuk memilih Felda Travel sebagai agensi pengendali adalah berdasarkan saranan daripada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman sebelum ini.
"Saya tidak kisah tentang harga sebab saya tahu Felda Travel akan berikan perkhidmatan terbaik lebih-lebih lagi keadaan saya begini yang berjalan menggunakan tongkat. Allah dorongkan hati saya untuk pilih Felda Travel," katanya yang berasal dari Semenyih.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Jemaah haji kelolaan Felda Travel menghadiri taklimat terakhir sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah mereka di Tanah Suci. - Facebook Felda Travel Sdn Bhd
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."

Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.

Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.