FINALIS dari Malaysia, Kokilam Kathirvailu, 34, mengharumkan nama negara apabila meraih tempat ketiga dalam pertandingan Mrs World 2019.

Diadakan di di West Gate Resort di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu, ibu kepada tiga anak ini berjaya berada di tiga tempat terbaik, mengalahkan 38 negara lain.



Berasal dari Kuala Lumpur, Kokilam dimahkotakan Mrs Malaysia World 2018 -2019 pada September lalu sekaligus mewakili Malaysia ke Mrs World peringkat dunia.

Menulis ucapan penghargaannya di laman Instagramnya, dia tidak menjangkakan langsung kemenangan ini.

“Thank you so much for all the wishes. It was an unexpected double celebration. Birthday and winning Mrs World 2nd runner up. Can’t wait to get back home now”, tulisnya lagi.



Pertandingan Mrs World adalah satu pertandingan bagi wanita yang sudah berkahwin dan berjaya dalam rumah tangga.

Juara Mrs World 2019 telah dimenangi oleh Jennifer Le dari Vietnam manakala Matapa Maila Rikhotso dari Afrika Selatan muncul naib juara.