HOUSTON: Seorang lelaki menembak tiga kanak-kanak dan remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.

Kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba merompak lelaki berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di barat laut Houston pada sekitar 10:30 malam waktu tempatan, Rabu, menurut Sheriff Harris County, Ed Gonzalez, di platform X.

Bagi mempertahankan dirinya, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mereka, kata Gonzalez.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala lelaki terbabit kekal di lokasi kejadian dan bekerjasama dengan pihak penyiasat.

Seorang kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Seorang penghuni di pangsapuri itu mendakwa dia mendengar 10 das tembakan, menurut laporan media tempatan KTRK.

-- BERNAMA