SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu, menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan inter-parte (dua pihak) pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka yang berusia 10 dan lapan tahun.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku pemohon berkata, mahkamah turut melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada pelakon Gol & Gincu itu, sehingga 30 Mei.
"Diana Daniella dan Farid Kamil selaku responden telah maklumkan kepada hakim syarie bahawa mereka mahu ambil inisiatif untuk penyelesaian bagi kesemua isu.
"Nampaknya, ada harapan sebab pihak Farid Kamil juga sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang dalam proses Sulh (penyelesaian pertikaian) yang ditetapkan pada 11 April ini," katanya.
Jika terdapat sebarang penyelesaian berhubung permohonan itu, peguam syarie itu berkata, kedua-dua pihak akan memaklumkan kepada mahkamah dan perlu memfailkan afidavit masing-masing.
Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, turut mengesahkan perkara berkenaan.
"Sebelum sebutan kes pada 30 Mei, terdapat satu prosiding Sulh pada 11 April yang mana pihak-pihak akan berbincang berhubung hadanah itu," katanya, selepas sebutan isu hadanah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.
Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte melalui Pegiam Syarienya Puteri Ummi Kartini Abd Latiff dan memperoleh perintah interim hadhanah bagi dua anaknya itu.
Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 05 2023

Diana Danielle ditemui pemberita sebaik hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu bagi sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya hasil perkahwinan bersama pelakon Farid Kamil. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.

'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera
'Tindakan Farid amat memualkan, tidak berpijak di bumi nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang tapi dia gagal'

Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur

'ASP Jennifer Wong' bawa Elizabeth Tan ke FFM33
Tan berkata beliau tidak menjangka watak ASP Jeniffer Wong dalam filem itu berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri FFM33.

Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.

Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak

"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.

Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."

'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."