Beliau berkata, anak guamnya memberi alasan mereka sering bergaduh berpanjangan dan melihat masalah tidak boleh diperbaiki lagi.
“Tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan, kira bergaduhlah, tak boleh dibaiki. Atas alasan itu difailkan (perceraian) oleh Diana,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada Isnin.
Tambah Akberdin, hari ini, beliau menemani Diana mendaftarkan rujuk dan memfailkan penceraian di bawah seksyen 47 (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam) iaitu kebenaran untuk bercerai dan ia terletak kepada seorang hakim syarie (yang akan menentukan).
Beliau berkata, ini kerana pasangan itu bercerai 10 Ogos tahun lalu dan mereka rujuk semula pada 9 September tahun sama.
“Hari ni kita failkan permohonan rujuk itu dan diikuti permohonan bercerai. (Ambil masa lama daftar rujuk) mungkin anak guam ambil masa lama sikit.
“Proses daftar rujuk perlu dibuat secepat mungkin sebab berlaku dalam tempoh idah lepas sebulan bercerai dan rujuk semula,” katanya.
Akberdin memberitahu, sebutan semula kes akan berlangsung pada 20 November ini.
Sementara itu, Diana meninggalkan kompleks mahkamah dan mengelak memberi sebarang komen kepada pihak media selepas itu.