TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hadir memberi keterangan dalam perbicaraannya di Mahkamah Daerah Tel Aviv pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hadir memberi keterangan dalam perbicaraannya di Mahkamah Daerah Tel Aviv, kali pertama sejak didakwa dengan pertuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah pada 2019.
  • Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada jutawan dan meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi syarikat media sebagai balasan untuk liputan positif. Perbicaraan dipindahkan ke lokasi rahsia atas faktor keselamatan.
  • Netanyahu akan memberi keterangan tiga kali seminggu sambil mengetuai kerajaan mengendalikan perang di Gaza, Lubnan, dan Syria. Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas jenayah perang di Gaza.


Ia merupakan kali pertama dia berbuat demikian selepas didakwa dengan pertuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah pada 2019.

Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media sebagai balasan untuk menerima liputan positif.

Susulan perang Gaza yang bermula pada Oktober 2023, Netanhayu diberi kebenaran untuk menunda kehadirannya di mahkamah.

Walau bagaimanapun pada Khamis, panel hakim perbicaraan memerintahkannya untuk mula hadir memberi keterangan.

Netanyahu akan memberi keterangan tiga kali seminggu, sambil mengetuai kerajaan mengendalikan perang di Gaza, Lubnan, dan Syria yang sedang sengit berlangsung.

Dia merupakan individu pertama yang didakwa di mahkamah sewaktu menjadi perdana menteri di Israel.

Perbicaraan tersebut turut dipindahkan dari Baitulmuqaddis ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas jenayah perang di Gaza.