TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas semakin mencapai kemajuan.

Namun beliau akui tempoh masa untuk memuktamadkan rundingan itu masih kabur.

Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.

Hal ini, kata Netanyahu, dianggap satu pencapaian besar buat tentera Zionis.

Sementara itu, Netanyahu juga bertegas Israel akan memperkukuh kedudukan sebagai kuasa di rantau Asia Barat selepas ini.

Misi ini, jelasnya, akan dibantu rakan kongsi seperti Amerika Syarikat.