TEL AVIV: Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel beroperasi dengan memintas serangan roket pada awal pagi Ahad.

Sekumpulan roket telah ditembak dari dekat sempadan utara Israel kira-kira 25 minit selepas tengah malam.

Media Israel melaporkan puluhan roket telah ditembak dari Lubnan ke arah Israel.

Pada 1 Ogos lalu, Hezbollah telah melancarkan roket di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan maut Israel di selatan Lubnan.

Ini merupakan serangan pertama kumpulan itu selepas Israel membunuh komander tertingginya awal minggu ini.

Kumpulan Hezbollah meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, yang mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan akibat serangan oleh tentera Israel di selatan Beirut.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, empat rakyat Syria terbunuh dalam serangan Israel di Shamaa, daerah Hizbollah dan Israel telah berbalas tembakan hampir setiap hari sejak perang Gaza tercetus pada 7 Oktober tahun lalu. - Agensi