Gegaran letupan turut dirasai berhampiran Marjayoun, dengan kepulan asap menyelubungi ruang angkasanya.
Menerusi sebuah rakaman video, beberapa buah bangunan kediaman turut dilihat musnah akibat insiden itu.
Menurut pihak berkuasa Lubnan, kempen ketenteraan Israel telah meragut 3,544 nyawa sejak permusuhan bermula.
Bagaimanapun, angka tersebut tidak membezakan antara kombatan dan orang awam.
Serangan balas Hezbollah pula telah menyebabkan 43 kematian orang awam di utara Israel dan Bukit Golan yang diduduki Israel.
Manakala 73 anggota tentera Israel terkorban akibat serangan dan pertempuran di selatan Lubnan, menurut angka Israel.