Pegawai Kementerian Luar Israel turut menasihatkan rakyat Israel dan komuniti Yahudi di UAE agar sentiasa berwaspada.
Astro Awani
Sun Nov 24 2024
Israel juga akan memburu dalang di sebalik pembunuhan itu. - Foto fail/AP
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran bahawa Israel akan mengambil tindakan terhadap pembunuh Rabai Zvi Kogan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut media tempatan, Israel juga akan memburu dalang di sebalik pembunuhan itu.
Rabai tersebut dilaporkan hilang sejak Khamis dan mayatnya ditemui pada Ahad.
Pihak berkuasa UAE bagaimanapun telah menahan tiga suspek susulan insiden.
Pegawai Kementerian Luar Israel turut menasihatkan rakyat Israel dan komuniti Yahudi di UAE agar sentiasa berwaspada dan tidak menguar-uarkan identiti peribadi.
Dalam pada itu, Presiden Israel, Isaac Herzog, meluahkan rasa dukacita dan kemarahan lantaran insiden.
Menerusi ciapan di X, beliau menyifatkan kejadian sebagai serangan antisemitik yang keji.
Untuk rekod, komuniti Israel dan Yahudi di UAE dilaporkan semakin meningkat sejak 2020.
Ini selepas UAE menjadi negara Arab utama pertama dalam tempoh 30 tahun menjalin hubungan rasmi dengan Israel menerusi Perjanjian Abraham yang disokong Amerika Syarikat.