Menerusi ciapannya di X, mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
Justeru, Najib menyeru agar dunia dan badan antarabangsa melaksanakan tanggungjawabnya.
Beliau juga menegaskan komitmen kerajaan terhadap Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Resolusi itu dilaksana selepas perang Israel-Hezbollah 2006.
Ia menyatakan bahawa tentera Lubnan dan pasukan PBB sebagai satu-satunya benteng pertahanan di sempadan Lubnan-Israel hingga ke Sungai Litani.
Terdahulu, dua anggota terbunuh manakala 15 yang lain cedera dalam serangan rejim Zionis ke atas Pangkalan Tentera Al-Amiriya.
Serangan menyebabkan kerosakan teruk pada fasiliti ketenteraan.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.