TURKI mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang diasaskan Amerika Syarikat.
Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.
Katanya, Turki tidak menyokong hasrat dua negara itu atas alasan, Sweden sebagai contoh, merupakan salah satu negara yang melindungi pertubuhan pengganas.
"Bagaimana kita boleh percayakan mereka? Nampaknya mereka akan datang ke Turki pada Isnin. Adakah mereka mahu cuba yakinkan kita? Maaf, tak perlu menyusahkan diri.
"Walau apa sekali pun, kami tidak boleh katakan 'ya' kepada mereka yang mengenakan sekatan ke atas Turki, untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pertubuhan keselamatan," katanya.
Erdogan berkata demikian pada sidang media di pejabat beliau di Ankara pada Isnin, sempena lawatan rakan sejawat beliau dari Algeria, Abdelmadjid Tebboune.
Sebelum ini, Finland dan Sweden mengakui keselamatan mereka terancam apabila Rusia menceroboh Ukraine pada Februari lalu.
Sehari selepas itu, Rusia mendakwa Finland melakukan kesilapan dengan menyertai NATO ketika mana negara itu tidak menghadapi sebarang ancaman keselamatan sama sekali.
Usaha Finland dan Sweden untuk menjadi sebahagian daripada NATO menemui halangan apabila Erdogan memaklumkan, pihaknya tidak dapat menyokong penyertaan dua negara itu kerana organisasi pengganas, termasuk kumpulan militan Kurdish PKK, beroperasi di kebanyakan negara Nordik.
NATO yang disertai pakatan 30 negara memerlukan undian kesemua ahli sebelum permohonan penyertaan dua negara itu boleh diterima.
Sebelum ini, Rusia berulang kali memberi amaran kepada Finland dan Sweden mengenai implikasi yang bakal dihadapi sekiranya kedua-dua negara itu menyertai NATO.
Astro Awani
Tue May 17 2022
Recep Tayyip Erdogan ketika tiba untuk mengalu-alukan ketibaan rakan sejawat dari Algeria, Abdelmadjid Tebboune, di Ankara, Turki, 16 Mei 2022. (Foto AP)
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
'Kebimbangan terhadap ancaman kepada UNIFIL' - Pertahanan G7
Ia menekankan bahawa keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
AS, sekutu janji lebih banyak pertahanan udara buat Ukraine - Biden
Amerika, Jerman, Belanda, Romania dan Itali akan bekalkan lebih banyak sistem pertahanan udara kepada Ukraine dalam menghadapi serangan daripada Rusia.
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.
Banyak kerja perlu dilakukan, PM baharu Britain Starmer beritahu mesyuarat Kabinet pertama
Starmer memberitahu para menterinya bahawa terdapat "banyak kerja yang perlu dilakukan" ketika beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu pada hari pertamanya di Downing Street.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.