NAPLES: Kenyataan bersama mesyuarat Menteri Pertahanan G7 yang diadakan di Naples pada Sabtu menyuarakan kebimbangan terhadap "perkembangan terkini di Lubnan dan risiko peningkatan ketegangan yang lebih besar", lapor Agensi Berita Itali (ANSA).


Ringkasan AI
  • Mesyuarat Menteri Pertahanan G7 menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Lubnan dan risiko peningkatan ketegangan.
  • Ia menekankan bahawa keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.
  • Ia juga menegaskan kepentingan sokongan kepada UNIFIL dan angkatan tentera Lubnan untuk memastikan kestabilan di Lubnan.


"Kami menyuarakan kebimbangan terhadap semua ancaman terhadap keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

"Keselamatan pasukan pengaman adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.

"Kami juga menegaskan kepentingan sokongan kepada UNIFIL dan angkatan tentera Lubnan dalam peranan mereka untuk memastikan kestabilan di Lubnan," menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu turut dihadiri menteri pertahanan negara-negara G7, Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umerov, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte dan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell.

-- BERNAMA