ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang , Selasa, 22 Oktober 2024.


1. Tiga termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan dron Rusia

Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di bandar Sumy, timur laut Ukraine dalam serangan dron Rusia semalaman.



2. Bobby Kertanegara, Si 'Kucing Pertama Indonesia'

Bobby Kertanegara menjadi 'penghuni' rasmi Istana Merdeka di Jakarta selepas majlis angkat sumpah jawatan, Presiden Kelapan, Prabowo Subianto pada Ahad lalu.


3. Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman

Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya, pada Selasa atas alasan kesihatan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).


4. Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China

China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.


5. Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat

Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.


6. Anak bongsu Lee Kuan Yew jadi pelarian politik di UK

Lee Hsien Yang berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat.


7. Indonesia beri jaminan keselamatan pasukan kebangsaan Bahrain di Gelora Bung Karno

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjo menegaskan bahawa pasukan Bahrain tidak sepatutnya menolak untuk bermain di Indonesia.


8. Bunga raya dipilih sebagai logo rasmi Kepengerusian ASEAN 2025

Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan logo dan tema, dengan memilih bunga raya sempena Kepengerusian ASEAN pada 2025.


9. Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa

Mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel.


10. UNIFIL kekal di selatan Lubnan di sebalik cabaran semasa - Lazaro

Pasukan UNIFIL akan terus mengekalkan kedudukannya di selatan Lubnan walaupun berdepan cabaran dan tekanan yang berterusan.