Rata-rata netizen terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Kongsi keputusan peperiksaan
Malah sehinggakan ada individu yang berkongsi keputusan peperiksaan percubaan SPM penganjur yang juga pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil.
“Ha kau refund duit aku sekarang,” tulis individu tersebut.
Perkara tersebut berlaku selepas penganjur difahamkan telah meletakkan nombor kad pengenalannnya menerusi kenyataan rasmi pengumuman pembatalan konsert.
Untuk makluman, Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember lalu dibatalkan pada sehari sebelum acara.
Penganjur juga pengasas Tuff KL memaklumkan keputusan itu diambil berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.
Malah, pihaknya turut memohon maaf atas segala kesulitan dan akan berusaha untuk proses pengambalian wang kepada pembeli tiket.
Untuk info, One Love Music Festival bagi edisi kali ini merupakan sebuah acara muzik membabitkan penampilan 12 penyanyi dan band dari Malaysia dan Indonesia.
Antaranya termasuk Hujan, Drama Band, Masdo, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta selain Salma Salsabil, Nadin Amizah serta Nabila Taqiyyah. - Gempak