Ringkasan AI
- Lantikan Thaksin Shinawatra: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu dalam peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
- Pengalaman Tokoh ASEAN: Lantikan ini adalah melalui instrumen tidak rasmi untuk memanfaatkan pengalaman tokoh-tokoh dari negara-negara Asia Tenggara.
- Lawatan Rasmi: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan disambut dengan majlis rasmi di Kompleks Perdana Putra.
Perdana Menteri menjelaskan lantikan Thaksin adalah melalui instrumen tidak rasmi yang membolehkan Malaysia memanfaatkan pengalaman tokoh-tokoh dari negara-negara Asia Tenggara.
“Saya telah bersetuju untuk lantik Thaksin Shinawatra sebagai Penasihat Peribadi saya sebagai Pengerusi ASEAN bersama dengan satu pasukan daripada seluruh negara-negara ASEAN dalam satu bentuk himpunan tidak rasmi. Kita perlukan manfaat pengalaman daripada negarawan-negarawan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra sempena lawatan rasmi ke Malaysia pada Isnin.
Thaksin merupakan Perdana Menteri Thailand ke-23 antara tahun 2001 hingga 2006. Beliau digulingkan pada September 2006 dan hidup dalam buangan sehingga beliau kembali semula ke Thailand pada 2023.
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra pada Isnin.
Paetongtarn yang tiba di sini semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos lepas, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[LANGSUNG] Sidang Media Lawatan PM Thailand ke Malaysia | 16 Dis 2024