Bagaimanapun, dengan hanya satu hantaran di Truth Social, beliau membantu meningkatkan semula saham tersebut - dan menambah setengah bilion dolar kepada kekayaan bersihnya.
Pada pembukaan pasaran hari Jumaat, dalam apa yang berkemungkinan merupakan pepatah klasik dan popular dalam dunia “beli khabar angin dan menjual berita,” saham Trump Media and Technology jatuh 42 peratus sejak kemuncaknya yang baru-baru ini, sejurus selepas pembukaan hari Rabu.
Pedagang sering membeli saham dengan harapan peristiwa positif untuk syarikat - dan apabila ia berlaku, mereka menjual untuk mendapatkan keuntungan mereka.
Namun begitu, setengah jam selepas pasaran bermula pada Jumaat, ketika nilai saham sekali lagi menurun, Trump berkongsi hantaran di Truth Social berhubung saham syarikat itu: “Terdapat khabar angin dan/atau kenyataan palsu, tidak benar dan mungkin menyalahi undang-undang yang dibuat oleh, mungkin, manipulator pasaran atau mereka yang melakukan jualan singkat, bahawa saya berminat untuk menjual saham Truth.
“Khabar angin atau kenyataan itu adalah palsu. Saya tidak berhasrat untuk menjual [THOSE RUMORS OR STATEMENTS ARE FALSE. I HAVE NO INTENTION OF SELLING!”],” tegas Trump dalam kenyataan yang dikongsi.
Susulan kenyataan balas yang dikongsi Trump, dengan serta-merta, saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus pada Jumaat.
Trump kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat itu dan 114.75 juta saham miliknya kini bernilai kira-kira AS$3.7 bilion.
Angkat itu meningkat daripada AS$3.2 bilion pada pembukaan pasaran hari Jumaat.
Lonjakan pada hari Jumaat membantu saham itu berakhir dalam zon hijau untuk minggu ini - tetapi tidak banyak. Media Trump naik hanya 4.4 peratus dalam tempoh lima hari lalu. - Agensi