Dia dalam persediaan menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Pelumba kategori Asia Superbike AS1000 yang mewakili JDT Racing Team telah mengumpul 137 mata secara keseluruhan selepas lima perlumbaan.
Terdahulu, dia berjaya menyambar podium dalam Perlumbaan 2 pusingan 5 ARRC di Litar Antarabangsa Sepang dengan pencapaian terbaiknya ketika mengungguli pusingan ketiga ARRC selepas menakluk Litar Zhuhai, China di tempat pertama. - Stadium Astro