Dua orang maut manakala 12 yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan pada awal pagi Isnin di Charlotte, North Carolina.

Kenyataan polis menyebut beberapa individu yang belum dikenal pasti melepaskan puluhan tembakan ke arah orang ramai dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam waktu tempatan itu.

Seorang daripada mangsa, seorang wanita, mati di tempat kejadian.

Lapan lagi mangsa tembakan dibawa ke hospital, di mana salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Baki lima lagi mangsa cedera akibat dilanggar kenderaan. Kesemua mereka sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Polis berkata kejadian itu berlaku ketika sambutan Juneteenth yang diadakan oleh komuniti di kawasan kejiranan tersebut.

Belum ada sebarang tangkapan buat masa ini.