"Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak," kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.
Beliau berkata Ankara akan terus menyokong "saudara" mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan.
Erdogan berkata beliau "amat yakin " Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai White House selepas empat tahun, akan mengambil "langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperangan," sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku.
--BERNAMA-ANADOLU