"Apa yang anda tunggu untuk menghalang genosid di Gaza dan menghentikan kekejaman serta kebiadaban ini?," kata Erdogan semasa Perbahasan Umum di Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.
"Seperti mana Hitler dihentikan oleh perikatan kemanusiaan 70 tahun lalu, Netanyahu dan rangkaian pembunuhnya juga mesti dihentikan oleh perikatan kemanusiaan," katanya sambil menyamakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler.
Erdogan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk "melawan" dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.
Erdogan sebelum ini pernah menyifatkan kumpulan Islam Palestin, Hamas, sebagai "organisasi pembebasan,".
-- BERNAMA