Erdogan sifatkan pemimpin dan anggota pejuang Hamas yang syahid, sebagai legenda perjuangan Palestin.
"Saya memberi penghormatan sekali lagi hari ini kepada semua pemimpin dan anggota perjuangan Palestin, yang telah menjadi lagenda bukan sahaja melalui perjuangan teladan mereka tetapi juga melalui kesyahidan mereka, serta semua wira yang menyirami tanah Gaza dengan darah mereka.
"Saya memohon rahmat tuhan kepada pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang telah syahid baru-baru ini selepas Perdana Menteri Palestin yang terakhir dipilih, saudara saya Ismail Haniyeh," katanya.
Yahya, arkitek serangan ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu terbunuh dalam pertempuran dengan rejim Zionis.
Kematiannya disahkan pada Khamis.
Erdogan turut mengecam Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Majlis Keselamatan PBB kerana kegagalan menghentikan serangan di Gaza, Lubnan dan beberapa lokasi lain.
Sementara itu ratusan penduduk Istanbul, menghadiri majlis solat sunat hajat untuk Yahya Sinwar.
Kumpulan ini memulakan acara dengan berarak ke Srachane Park di tengah Istanbul, lokasi solat sunat diadakan.