MoU tersebut merangkumi beberapa bidang kritikal, antaranya perubahan tenaga; pengurusan bencana; hubungan diplomatik; penerokaan Artik dan Antartika; dan pertahanan.
Selain itu, sistem komunikasi; pengurusan bandar pintar, trafik dan keselamatan; perlindungan pengguna; perolehan aset; dan kerjasama pengurusan media.
Dalam sesi pertukaran tersebut, Malaysia diwakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; serta pegawai kanan kerajaan dan agensi.
Terdahulu Erdogan yang dalam rangka lawatan dua hari bermula Isnin, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.
Selepas itu, beliau menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan pertemuan empat mata dengan Anwar.
Lawatan Erdogan adalah atas jemputan Anwar, mengeratkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Turkiye ialah RM24.13 bilion (USD5.28 bilion) pada 2024, merekodkan peningkatan 18.7 peratus dari 2023.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)