Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 malam.
Katanya, 27 mangsa banjir itu merangkumi 23 wanita dan empat lelaki.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dibantu BBP Lenggong sampai ke lokasi jam 10.56 malam.
"Lokasi yang terjejas banjir adalah di Jalan Ijok, Kampung Sumpitan dan Jalan Haji Samad, Kampung Banggol Batu.
"Setibanya di tempat kejadian, paras air adalah 1 meter dan keadaan banjir mulai surut.
"Terdapat sebahagian mangsa dikeluarkan dan dipindahkan sementara di Masjid Ubudiah Kampung Sumpitan.
"Anggota bomba akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini dan pastikan keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Operasi yang diketuai PBK II Kamarul Ariffin Abd Ghani dan PPgB Muhammad Shukur Jamaluddin itu membabitkan kekuatan seramai 20 anggota.