ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2024.


1. Setiausaha Agung ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Utusan Khas PBB

Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, pada Khamis mengadakan perbincangan mengenai krisis Myanmar dengan Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Myanmar, Julie Bishop, di Ibu Pejabat ASEAN di sini.



2. Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing atas dakwaan penglibatan mereka dalam aktiviti judi dalam talian.


3. Norway akan terima pesakit dari Gaza

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store pada Khamis mengesahkan bahawa negara Nordik itu akan menerima dan merawat warga Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.


4. 60 rakyat Palestin terkorban, angka korban di Gaza melebihi 37,700

Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.


5. Erdogan label Netanyahu sebagai sakit mental

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berusaha meluaskan konflik di Gaza ke Lubnan dalam satu langkah.


6. China gesa gencatan senjata segera di Gaza

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru masyarakat antarabangsa untuk melakukan usaha bersepadu bagi gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.


7. Tentera Bolivia lakukan rampasan kuasa di Istana Presiden

Tentera telah menyerbu Istana Presiden Bolivia sebagai langkah rampasan kuasa Presiden Luis Arce yang mengecam tentera negara itu.


8. Bekas Presiden Honduras dihukum penjara 45 tahun atas tuduhan mengedar dadah

Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan didenda AS8 juta oleh hakim Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan mengedar dadah.


9. AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini dalam buruan, Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


10. Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu, kata Kementerian Kesihatan Israel pada Rabu, lapor Xinhua.