KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pegawai Penyiasat SPRM Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata Najib telah mengarahkan beberapa tindakan untuk menyekat siasatan SPRM semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, termasuk menutup kes itu.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib semasa perbicaraan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 billion.
Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata Nur Aida tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan Najib mengeluarkan arahan-arahan tersebut.
Muhammad Shafee: Setuju atau tidak semasa siasatan oleh polis dan SPRM (terhadap 1MDB) tiada sekatan daripada Najib?
Nur Aida: Untuk SPRM, ada sekatan. Contoh tindakan yang diambil semasa Datuk Seri Najib menjadi PM antaranya menukar ketua pesuruhjaya SPRM, membuat tangkapan ke atas pegawai SPRM dan akhir sekali, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (bekas peguam negara) menutup kes itu walaupun SPRM mengesyorkan tindakan selanjutnya.
Muhammad Shafee: Mari kita lalui ini satu persatu. Saya akan tunjukkan ini hanyalah tanggapan salah kamu. Kamu katakan arahan untuk Mohamed Apandi tutup kes, No Further Action (NFA) datang daripada Najib?
Nur Aida: Berdasarkan nota-nota yang dirampas dari Datuk Amhari Efendi Nazaruddin (bekas pegawai khas Najib), ada dokumen iaitu nota percakapan yang disediakan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) berhubung penutupan kes.
Nur Aida berkata Amhari semasa disoal siasat memberitahu nota tersebut disediakan oleh Jho Low berdasarkan arahan Najib dan perkara yang dinyatakan dalam nota percakapan itu akhirmya berlaku.
Mendengar jawapan itu, Muhammad Shafee berkata perkara itu hanyalah andaian Nur Aida semata-mata kerana saksi itu tiada bukti atau keterangan terus (direct statement) yang membuktikan arahan itu daripada Najib.
Muhammad Shafee: Soalan saya, kamu tiada evidence yang mengatakan ini arahan terus dari Najib.
Nur Aida: Amhari pegawai khas Najib. Bagi saya keterangan itu cukup, semua dalam nota itu (yang SPRM rampas dari Amhari) dan antara perkara yang dikatakan dalam nota itu adalah pertukaran ketua pesuruhjaya selain siasatan kes perlu ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Saksi berkata Najib telah mengarahkan beberapa tindakan untuk menyekat siasatan SPRM semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, termasuk menutup kes itu. - Gambar fail/Bernama
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi Selasa.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbincangan Akta Ombudsman Malaysia, lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China sempena ulangtahun ke-50 hubungan dua hala, dan usaha membangunkan Sandakan sebagai destinasi pelayaran jadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.