KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata Najib selaku Perdana Menteri, Pengerusi Lembaga Penasihat dan Menteri Kewangan yang memiliki sepenuhnya 1MDB melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan ketika itu tahu tentang tindakan pihak pengurusan yang tidak mematuhi tadbir urus baik namun tidak mengambil sebarang langkah untuk menghentikannya.
Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Ahmad Akram: Ada sesiapa dalam pasukan pengurusan yang dipecat oleh Datuk Seri Najib? Mohd Hazem Abdul Rahman dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB), Jasmine Loo (bekas peguam 1MDB), Tan Sri Ismee Ismail (bekas Pengarah Bukan Eksekutif) dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh (bekas Pengerusi).
Nur Aida: Tiada siapa.
Ahmad Akram: Pihak pembelaan telah mencadangkan bahawa semua tindakan pihak pengurusan inilah yang menyebabkan dana 1MDB diselewengkan. Berdasarkan siasatan kamu, siapakah yang mendapat manfaat daripada tindakan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan 1MDB?
Nur Aida: Datuk Seri Najib.
Pada prosiding hari ini, Nur Aida turut membacakan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang direkodkan oleh SPRM pada 2018 semasa siasatan terhadap 1MDB selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Berdasarkan petikan itu, Najib berkata beliau pada mulanya menyimpan sebahagian dana yang didakwa diterima dari Arab Saudi sebagai pelan kontingensi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 bagi menghalang cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan.
"Baki selepas pilihan raya umum saya simpan sementara dalam akaun sebagai simpanan luar jangka jika ada keperluan khas seperti insiden 16 Sept 2008, insiden Ahli Parlimen BN (Barisan Nasional) dicuri, ketika pembangkang cuba membeli mereka.
"Oleh itu, saya terpaksa bersedia secara kewangan walaupun saya tidak bersetuju dengan amalan ini kerana takut kemungkinan pembangkang cuba lagi.
"Bagaimanapun, apabila tiada pergerakan sedemikian berlaku, saya rasa ada keperluan untuk kembalikan ia kepada orang yang memindahkan wang ke dalam akaun saya iaitu seseorang yang dilantik oleh Arab Saudi, Tanore Finance Corp," kata Nur Aida ketika membacakan kenyataan Najib.
Saksi itu berkata sehingga hari ini, bekas Perdana Menteri itu tidak pernah membuat sebarang laporan kepada mana-mana pihak mengenai dakwaan tandatangan beliau dipalsukan seperti dibangkitkan oleh pembelaan iaitu dokumen kelulusan pinjaman oleh 1MDB adalah berbeza.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Pada prosiding hari ini, Nur Aida turut membacakan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang direkodkan oleh SPRM pada 2018 semasa siasatan terhadap 1MDB selepas Pilihan Raya Umum ke-14. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.