KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan pasaran terus menerima data penting pada minggu ini, kata ahli ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata akan terdapat beberapa siri Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang akan mempengaruhi sentimen perniagaan.
Beliau berkata Amerika Syarikat (AS) akan mengeluarkan Indeks Pembuatan ISM untuk Jun 2024 pada malam ini, yang telah merosot di bawah 50 mata selama dua bulan berturut-turut.
Selain itu, akan terdapat Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS) pada Selasa, perubahan Pekerjaan ADP pada Rabu dan Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) pada Jumaat.
"Hari ini adalah permulaan dagangan pada separuh kedua 2024. Kami percaya peristiwa penting berhubung pilihan raya di Eropah (UK dan Perancis) serta AS pada November akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap sentimen pasaran.
"Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang dijadualkan pada 30-31 Julai akan dipantau untuk petunjuk mengenai kemungkinan dasar monetari dilonggarkan dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Mungkin, perbincangan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah di AS akan menjadi lebih hangat pada separuh kedua 2024," katanya.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9274/9301 daripada 2.9345/9365 dan meningkat berbanding pound kepada 5.9632/9683 daripada 5.9639/9676, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0643/0685 daripada 5.0494/0526 pada Jumaat lepas.
Ringgit juga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4777/4809 daripada 3.4792/4816, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8307/8472 daripada 12.8508/8646 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 287.8/288.2 daripada 287.9/288.3 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.05/8.06.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas. -Gambar fail
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Indeks dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika DXY jatuh kepada 103.419 mata.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.