JOHOR BAHRU: Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu lepas hingga semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 60 tahun.
Beliau berkata 32 daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.
"Tiga lelaki ditahan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan. Kita turut menyita sebuah kereta dan 10 motosikal mengikut Seksyen 64 di bawah akta yang sama," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kumar berkata 1,417 individu serta 1,302 kenderaan telah diperiksa dalam operasi itu yang menyaksikan pihaknya mengeluarkan 481 saman berkaitan pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Operasi ini merupakan antara fokus utama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor dalam mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap 'kaki mabuk' yang masih tidak serik dan tegar melanggar peraturan serta undang-undang lalu lintas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

M Kumar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 60 tahun. - Foto fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.

40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.

Tiga ditahan memandu di bawah pengaruh dadah
AADK telah membuat saringan ke atas 13 pengguna jalan raya dan didapati tiga daripada mereka positif dadah.

11 ditahan, 230 saman dikeluarkan dalam Op Mabuk, Samseng Jalanan
Mereka ditahan berusia 27 hingga 53 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

Wanita warga China disyaki mabuk langgar empat kenderaan direman
Polis menahan seorang wanita warga China yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat buah kenderaan di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang, malam tadi.

Pemandu mabuk, kekasih rempuh sekatan jalan raya ditahan
Apabila dihampiri, suspek tersebut terus memecut kenderaannya merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan hampir melanggar dua anggota polis bertugas untuk melarikan diri.

Lelaki ditangkap menunggang motosikal dalam keadaan mabuk
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Warga emas memandu mabuk ditahan di bandar peranginan terkenal
Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson semalam.

Pemandu mabuk: 67 kemalangan, tiga kematian di Selangor tahun ini
Angka itu didapati sudah melebihi kes keseluruhan pada tahun 2018, iaitu 60 kemalangan dan tiga kematian.