MUMBAI: Angka kematian meningkat kepada 16 orang manakala lebih 100 dilaporkan masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh besar di Maharashtra, India.
Memetik BBC, usaha mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kampung Irshalwadi pada malam Rabu disambung semula selepas dihentikan pada malam Khamis akibat hujan lebat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan lokasi bencana yang terletak di puncak bukit dan lokasi yang mencabar menghalang operasi menyelamat dilakukan dengan pantas.
Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) memberitahu seramai 139 orang masih terperangkap di bawah runtuhan berikutan hujan lebat berterusan sejak dua minggu lalu sehingga mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Jabatan cuaca India berkata bahawa hujan lebat akan berterusan dalam beberapa hari akan datang di bahagian negeri Maharashtra, termasuk daerah Raigad.
Salah seorang saksi yang terselamat memberitahu BBC memberitahu kampung itu bergegar secara tiba-tiba dan mereka berlari keluar dari rumah.
"Tanah runtuh tidak pernah berlaku sebelum ini di sini. Saya tidak pernah menyangka gunung di kawasan ini akan runtuh, itulah sebabnya orang tinggal di sana," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Maharashtra Eknath Shinde mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 500,000 rupee (RM27,327) kepada setiap penduduk yang kehilangan anggota keluarga.
Agensi
Fri Jul 21 2023
Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) memberitahu seramai 139 orang masih terperangkap di bawah runtuhan. - Gambar/ REUTERS
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
Jenazah enam mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan
Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, Jaimah Jailani, Mohamad Nabil Kanol, Nur Inara Aida dan Nur Aiman selesai pada kira-kira 10.30 malam.
PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.
Anggota ASEAN perlu fokus pembangunan mampan sebagai satu kumpulan - Pakar
Jeffrey D Sachs, profesor ekonomi terkemuka dari Universiti Columbia berkata, ekonomi baharu itu sedang berusaha menjadi mampan alam sekitar.
Syed Yazid tidak bertanding jawatan Presiden FAM
Sebaliknya, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden FAM.
Pulau Sibuan dibuka semula Rabu ini
Bom lama atau unexploded ordnance (UXO) itu berjaya dimusnahkan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia pada Sabtu lepas.
95 peratus tapak LIMA '25 sudah ditempah
Tempahan membabitkan kawasan seluas 12,000 meter persegi itu membuktikan bahawa penganjuran LIMA dapat perhatian pempamer serata dunia.
Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.