Sebaliknya, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden FAM.
Katanya keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Penaung KLFA, Fahmi Fadzil, semalam.
Syed Yazid, yang dipilih sebagai Presiden KLFA pada Oktober tahun lepas, berkata pihaknya tidak menyatakan sebarang hasrat untuk merebut jawatan presiden pada kongres berkenaan, malah memberi sokongan sepenuhnya kepada Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, sebagai peneraju FAM yang seterusnya.
"Saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden FAM. Dalam masa yang sama, saya bagi pihak KLFA menyokong penuh Mohd Joehari untuk bertanding jawatan Presiden FAM," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media semalam.
Kongres Pemilihan FAM bagi memilih barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang baharu bagi penggal 2025-2029, dengan presidennya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah dan ahli korporat, Sayf Ismail, antara yang telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden.
Sementara itu, Mohd Joehari dikatakan sebagai calon yang 'direstui' untuk menggantikan Hamidin.
-- BERNAMA