PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
Bercakap kepada Bernama, pemimpin berusia 58 tahun itu berkata antara perkara yang masih menjadi tumpuan adalah projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) dan Wisma FAM yang baharu masing-masing di Putrajaya.
Katanya, beliau juga mahu melihat skuad Harimau Malaya mencipta sejarah dengan mara ke pusingan ketiga kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 buat julung kali dalam tempoh terdekat.
"Orang ramai suruh saya letak jawatan mereka tidak tahu perkara sebenar, jadi saya tidak terpengaruh dengan perkara tersebut, minat saya terhadap bola sepak yang buat saya berada di sini.
"Jadi biar perkara (soal jawatan) ini ikut prosedur mengikut peraturan yang ada, tahun depan ada pemilihan, saya okey siapa nak bertanding boleh bertanding," katanya pada sesi temu bual khas presiden FAM dan Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Pada masa sama, Hamidin yang dilantik sebagai presiden FAM bermula penggal 2018-2021 dan mengekalkan jawatan tanpa dicabar bagi penggal 2021-2025, berkata keputusannya untuk terus memimpin FAM juga bergantung kepada permintaan ahli gabungan badan induk itu.
Sementara itu, beliau menafikan hanya akan meletakkan jawatan selepas melihat segala perancangan legasinya berjaya menjadi kenyataan.
"Tak semestinya (projek itu berjaya semasa saya presiden), saya akan pergi bila sampai masanya," katanya.
Sebelum ini, terdapat gesaan supaya Hamidin meletakkan jawatan kerana didakwa prestasinya sebagai presiden tidak begitu memuaskan selepas timbul isu 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan FAM hujung Mac lepas.
Baru-baru ini, media tempatan mengaitkan beberapa nama dengan jawatan presiden FAM antaranya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, dengan kedua-duanya memiliki pengalaman di FAM.
Turut dikaitkan dengan jawatan tertinggi FAM itu ialah dua individu dari dunia korporat, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail.
Khairy dan Tengku Zafrul masing-masing sudah memberi reaksi seakan tidak berminat dengan jawatan itu kerana komitmen terhadap tugasan dan tanggungjawab ketika ini sementara Mohamad Salim enggan mengulas mengenai perkara itu.
Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 dijadual berlangsung tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.

Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.

Joehari bakal jadi Presiden FAM baharu
Naib Presiden FAM Datuk Joehari Mohd Ayob bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.

Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.

Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.

'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.

Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.