KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh minat belian terhadap mata wang tempatan tersebut, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.2175/2220 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2215 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Seorang peniaga berkata perkembangan itu disebabkan oleh peningkatan semula sentimen di pasaran ekuiti tempatan yang menyaksikan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka dengan menokok 2.74 mata kepada 1,601.66.
Bagaimanapun, dolar AS terus mengekalkan tarikannya sebagai mata wang selamat meskipun dalam persekitaran tidak menentu apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.39 peratus kepada 98.989 mata, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
"Prestasi ekuti yang mencatat pemulihan kukuh dengan indeks teknologi Nasdaq menokok 1.9 peratus untuk ditutup pada 14,532.55 mata manakala minyak mentah Brent sekitar US$108 setong walaupun terdapat rancangan untuk melepaskan minyak simpanan oleh AS bagi menstabilkan harga minyak.
"Selain itu, keluk hasil Perbendaharaan AS pula menyaksikan nota dua tahun meraih pulangan lebih tinggi berbanding hasil 10 tahun -- satu fenomena yang berkait rapat dengan kemungkinan berlakunya kemelesetan tidak lama lagi," katanya menambah pasaran kewangan berdepan dengan setiap kelas aset memberi petunjuk yang bercampur-campur.
Mohd Afzanizam berkata seiring dengan ketidaktentuan krisis ketenteraan di Ukraine serta isyarat lain daripada pasaran kewangan, permintaan terhadap mata wang selamat terutama dolar AS, dijangka terus menguasai setimen pasaran mata wang asing.
Berikutan itu, beliau berpendapat bahawa ringgit kekal kurang memberangsangkan dengan jangkaan mencecah paras sekitar RM4.22 berbanding dolar AS, hari ini.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5296/5355 daripada 5.5330/5369 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6291/6341 daripada 4.6441/6474.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1091/1127 daripada 3.1082/1109 pada Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.4420/4462 daripada 3.4414/4442 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
![Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637673620_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, dipacu oleh minat belian terhadap mata wang tempatan tersebut. -Gambar fail/Bernama
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723735401_SingapuraFilipina.jpg)
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
![Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723735226_PATIMaritim.jpg)
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722833354_Duitjutakela.jpg)
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
![Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
![Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
![Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63 Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
![Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243690_TBRAFIZI.jpg)
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
![Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
![Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
![Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.