Prestasi ringgit diunjur mengukuh pada paras 4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
Ketua Ahli Ekonominya Suhaimi Ilias berkata unjuran pengukuhan ringgit itu adalah susulan kepada potensi pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedahnya manakala Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Beliau berkata Fed dijangka melakukan langkah itu seawal September ini dengan kemungkinan tiga penurunan kadar diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September, November dan Disember yang berjumlah 75 mata asas.
"Bersandarkan (unjuran) harga pasaran niaga hadapan tahun depan, terdapat 100 mata asas lagi dalam penurunan kadar itu. Pada masa sama, kami juga menjangkakan BNM mengekalkan OPR pada paras semasa dan dinamik kadar faedah kedua-dua bank pusat ini sepatutnya memberi sokongan kepada ringgit.
"Oleh itu, kami menjangkakan ringgit mengakhiri tahun ini pada paras 4.60 berbanding dolar AS," katanya pada sesi webinar semalam.
Suhaimi juga berpendapat faktor lain seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar benar yang positif, kestabilan politik, dasar jelas, pelaburan diluluskan yang kukuh serta intervensi BNM akan turut membantu menstabilkan ringgit.
"Ringgit misalnya diniagakan di bawah 4.70 berbanding dolar AS selama sekurang-kurangnya dua minggu dan kami percaya usaha bank pusat bagi menstabilkan ringgit dan membina semula rizab luaran melalui langkah-langkah membawa pulang ringgit dan pertukaran mata wang asing, sedang dijalankan.
"Jika dilihat pada suku pertama tahun ini, lebihan akaun semasa bertambah baik berbanding suku keempat tahun lepas dengan sebahagian besarnya didorong oleh aliran masuk pendapatan pelaburan yang lebih tinggi," katanya.
Suhaimi berkata peningkatan lebihan akaun semasa itu juga menunjukkan korporat Malaysia memberi respons positif terhadap usaha kerajaan dalam menggalakkan mekanisme membawa pulang ringgit serta pertukaran mata wang asing berkenaan.
Pada 29 Feb 2024, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan Dewan Rakyat usaha penyelarasan antara Kementerian Kewangan dan BNM serta usaha bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC), akan membantu meningkatkan aliran masuk ke pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan FX Maybank Saktiandi Supaat pula menjangkakan dolar AS mengukuh kira-kira satu hingga dua peratus bagi tempoh semasa hingga awal November depan.
"Bagi tempoh pasca pilihan raya (Presiden AS) atau ketika berlangsungnya proses itu, saya percaya kebimbangan mengenai perang perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan ketara terhadap kekukuhan dolar. Fenomena itu telah kami lihat pada 2018 apabila dolar AS menjadi lebih kukuh berbanding mata wang Asia dan yen Jepun," katanya.
Ketua Penyelidikan Ekuiti IB Maybank Wong Chew Hann pula berkata separuh pertama 2024 menyaksikan ekuiti Malaysia mempamerkan prestasi baik susulan penyusunan semula ekonomi dan pembaharuan fiskal, terutama membabitkan dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Tempoh enam bulan pertama 2024 turut memaparkan prestasi indeks utama Bursa Malaysia FBM KLCI mencatat paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun selepas menyaksikan penurunan selama tiga tahun (+9.3 peratus pada separuh pertama 2024); turun naik aliran dana asing yang lebih tinggi (aliran keluar RM830 juta pada separuh pertama 2024) dan momentum positif yang memacu pendapatan.
"Bagi unjuran separuh kedua 2024, tumpuan utama adalah rasionalisasi subsidi bahan api, terutama RON95 dan perjanjian berkaitan JS-SEZ dijangka pada September.
"Berikutan itu, kami kekal optimis dan mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir tahun ini pada paras 1,680, dan ini turut membayangkan nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 15 kali untuk tempoh 12 bulan seterusnya," katanya.
Wong bagaimanapun turut berkongsi risiko utama terhadap unjuran Maybank IB mengenai ekuiti adalah pilihan raya Presiden AS, kadar faedah AS yang lebih tinggi bagi tempoh lebih lama serta ketegangan Rusia-Ukraine dan Timur Tengah yang kian meruncing.
Di Malaysia, langkah kerajaan yang fokus dalam melaksanakan pembaharuan, sebaliknya akan menjadi faktor sokongan utama, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Faktor lain seperti pertumbuhan KDNK benar yang positif, kestabilan politik, dasar jelas, pelaburan diluluskan yang kukuh serta intervensi BNM dijangka turut membantu menstabilkan ringgit. - Gambar hiasan/REUTERS
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.