KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
Mata wang tempatan itu juga mencatat prestasi paling baik di peringkat pasaran Asia, kata penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit melonjak sebanyak 200 mata asas kepada 4.6350/6375 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 yang dicaratkan pada minggu lepas.
Di peringkat pasaran Asia, ringgit mengukuh sebanyak 0.46 peratus berbanding dolar AS, diikuti oleh won Korea Selatan (0.10 peratus) dan rupiah Indonesia (0.06 peratus).
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatat prestasi baik berbanding dolar AS ketika pasaran telah menerima sepenuhnya potensi AS menurunkan kadar faedahnya.
"Bersandarkan masa depan kadar faedah, kemungkinan untuk kadar faedah utama diturunkan pada September ini telah mencecah 107.4 peratus, sekali gus mencadangkan penurunan itu hampir pasti berdasarkan unjuran pasaran," katanya kepada Bernama.
Ringgit mencecah paras tertinggi RM4.6298 berbanding dolar AS pada tengah hari ini sebelum susut kepada RM4.6350.
Mohd Afzanizam juga menyifatkan paras sokongan kini pada RM4.6140.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama apabila meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9472/9504 daripada 5.9901/9971 pada Jumaat (26 Julai), naik berbanding euro kepada 5.0225/0252 daripada 5.0530/0590 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0158/0176 berbanding 3.0176/0214 sebelum ini.
Malah, berbanding mata wang ASEAN, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 284.6/284.9 daripada 285.5/286.0 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4499/4521 daripada 3.4641/4684.
Ringgit juga meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.92/7.93 daripada 7.97/7.99 sebelum ini dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8947/9063 daripada 12.9069/9268 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63 Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin. - Gambar fail/REUTERS
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Polis minta bantuan kesan lelaki hilang sejak 25 Julai
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak
Lima pelajar merusuh, pukul junior ditahan
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Populasi Harimau Malaya hanya tinggal 5 peratus berbanding 70 tahun dulu
Sekitar tahun 1950-an, pupulasi Harimau Malaya di Malaysia mencecah lebih 3,000 ekor, namun selepas 70 tahun, populasi haiwan terancam itu hanya tinggal 5 peratus daripada angka itu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan
Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Fahmi mahu persekitaran digital selamat untuk Malaysia
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo antara lain berbincang tentang cabaran dan proses kawal selia media sosial Singapura yang telah pun dilaksanakan sejak 2 tahun lalu.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
100 tercedera, keretapi bertembung dengan trak di selatan Moscow
Lebih 100 orang tercedera susulan sebuah keretapi penumpang bertembung dengan sebuah trak kamaz di wilayah Volgograd, Rusia.
378,000 paten AI China melonjak melepasi purata global
Bilangan paten ciptaan berkesan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di China telah mencapai 378,000 sehingga akhir 2023, dengan kadar pertumbuhan tahunan melebihi 40 peratus.
Risikan Korea Selatan dakwa Kim Jong Un alami masalah jantung
Penggubal undang-undang Korea Selatan pada Isnin mendakwa pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un kini sedang mengalami masalah kesihatan
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
Agensi Berita Yonhap memetik agensi perisik Korea Selatan sebagai berkata, pentadbiran Korea Utara juga dikatakan sedang mencari ubat-ubatan alternatif bagi menyelesaikan masalah jantung.
![Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63 Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
![Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243690_TBRAFIZI.jpg)
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
![Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
![Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
![Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.