Ringkasan AI
- Transformasi Tapak Pelupusan: KPKT telah berjaya mengubah tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga, seperti di Tenggara, Johor.
- Ekonomi Kitaran: Transformasi ini adalah hasil strategi ekonomi kitaran di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran yang dipantau oleh Majlis Ekonomi Kitaran Nasional (NCEC).
- Pengurangan Plastik Sekali Guna: KPKT telah menandatangani perkongsian strategik dengan hampir 8,000 kedai untuk tidak menggunakan plastik sekali guna, menjimatkan penggunaan 200 juta plastik setahun.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata ini merupakan hasil strategi ekonomi kitaran di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran yang diperkenalkan tahun ini.
“Dalam aspek pengurusan sampah, di bawah dasar baharu KPKT tahun ini kita telah berjaya laksanakan transformasi.
“Contohnya, tapak pelupusan sampah di Tenggara, Johor yang ditransformasi menjadi tapak rekreasi Madani yang sesuai untuk kegiatan riadah sekeluarga. Ada juga tapak pelupusan sampah yang kini dijadikan sebagai tapak penghasilan tenaga solar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dulu Tempat Pelupusan Sampah, Kini Ladang Solar - Nga
Menurut Kor Ming, ekonomi kitaran melalui pengurusan sisa pepejal ini di pantau oleh Majlis Ekonomi Kitaran Nasional (NCEC).
Tambahnya, melalui NCEC, kerajaan telah menggerakkan pelbagai usaha untuk memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih bertanggungjawab dan mampan.
“KPKT telah tandatangan perkongsian strategik bersama dengan hampir 8,000 kedai untuk tidak menggunakan plastik sekali guna, yang mana langkah ini telah berjaya menjimatkan penggunaan 200 juta plastik sekali guna setahun.
“Itu akan banyak membantu kita jimat dari segi kewangan bahkan juga mesra alam dan lestari,” ujarnya.
Kor Ming dan delegasi Malaysia ketika ini menghadiri Forum Bandar Dunia (World Urban Forum; WUF) ke-12 (WUF12) yang berlansung di Kaherah, Mesir antara 4 hingga 8 November 2024.
Di forum berkenaan, Rumah Malaysia menampilkan 21 rakan pameran, termasuk Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, wakil sektor swasta, dan universiti terkemuka.
Agenda AWANI: WUF 12: Segalanya bermula di rumah