Ringkasan AI
- Malaysia boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 jika ekonomi tumbuh 4-5% setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar AS.
- Prestasi ekonomi positif dan kemampuan menjadi hab kewangan antarabangsa penting untuk mencapai status tersebut.
- Malaysia berada di landasan untuk menjadi 'Harimau Asia' semula berdasarkan tinjauan positif penganalisis dan agensi penarafan.
Beliau berkata sekiranya sasaran ini dapat dicapai, Malaysia akan dilihat sebagai negara berpotensi yang seterusnya berupaya bangkit kembali menjadi 'Harimau Asia'.
"Piawaian ini adalah yang lebih mudah (untuk melayakkan Malaysia mendapat status tersebut). Ia juga bergantung kepada kemampuan kita menjadi hab kewangan antarabangsa di samping prestasi Bursa Malaysia yang positif," kata Rafizi pada sidang media selepas majlis pelancaran Penemuan Banci Ekonomi 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), di sini, hari ini.
Sebelum ini Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata Malaysia sedang berada di landasan untuk mencapai semula status Harimau Asia.
Ini berdasarkan tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi negara yang memberangsangkan.
-- BERNAMA