Bagaimanapun, berbanding tempoh sama tahun lepas, indeks itu mencatatkan peningkatan 0.6 peratus.
Sektor pemprosesan dan pembuatan meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, manakala sektor pengeluaran dan pengagihan tenaga elektrik berkembang 0.4 peratus. Sektor bekalan air dan pengurusan sisa pula mencatatkan lonjakan 9.2 peratus, menurut pejabat itu.
Sementara itu, sektor perlombongan merekodkan penurunan 10.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beberapa industri utama mencatat pertumbuhan ketara tahun ke tahun dalam tempoh berkenaan, termasuk industri automotif (60.7 peratus) dan televisyen (50.1 peratus), menurut laporan itu.
-- BERNAMA