SHAH ALAM: Lebih 8,000 orang menyokong kempen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ dengan menandatangani petisyen dalam talian sejak tiga bulan lalu.
Kempen yang dilancarkan kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia menerusi laman web www.change.org pada 29 Februari lalu itu bertujuan mendesak kerajaan membatalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP), syarikat pelaburan milik BlackRock yang merupakan penyokong komplot genosid Israel di Palestin.
Setakat jam 5 petang Ahad, petisyen tersebut sudah mengumpulkan sebanyak 8,032 tandatangan dan menyasarkan untuk meraih lebih 10,000 sokongan.
“BlackRock adalah satu syarikat pelaburan yang beribu pejabat di New York dan mempunyai pelaburan besar di dalam syarikat-syarikat pertahanan di Amerika Syarikat.
“Mereka menghasilkan senjata yang digunakan oleh Israel untuk membunuh rakyat Palestin. BlackRock ini juga adalah syarikat pembekal dana yang meraih keuntungan besar daripada genosid tersebut,” tulis petisyen itu.
BDS sebelum ini melancarkan kempen boikot ke atas produk dan jenama terkenal di Malaysia yang ada kaitan dengan Israel.
Antara syarikat pertahanan di AS yang mempunyai kaitan dengan BlackRock ialah Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 24 2024

Tangkap layar petisyen kempen 'Katakan Tidak kepada BlackRock' di laman web www.change.org pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.

Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How
Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan ahli yang lain dan orang awam dengan dakwaan BlackRock Inc memiliki 100 peratus saham dalam Global Infrastructure Partners.

GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.

Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.

Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.

Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.

Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion
Menurut data, firma pelaburan global BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia.

Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.