Ringkasan AI
- Perdana Menteri memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perpecahan kaum dan agama.
- Beliau menegaskan tindakan akan diambil terhadap mereka yang menimbulkan kebencian atau menghina golongan tertentu.
- Rakyat digesa menjadi ejen perpaduan bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebencian tidak kira dari segi perkauman, agama mahupun menghina orang miskin.
"Percayalah, kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita.
"Mudah-mudahan kita buat pertimbangan baik dan tahu antara baik dan buruk, mahrum dan munkar, hak dan batil. Terutama sekarang di Malaysia ini, kita mesti tumpu dalam soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha kerajaan MADANI menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di Facebook berkata tindakan itu juga dapat menjamin perpaduan antara kaum di negara ini kekal mekar dan harmoni.
-- BERNAMA
