SHAH ALAM: Kerajaan perlu menarik diri daripada melabur dalam Global Infrastructure Partners (GIP) kerana tidak memberi sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan itu juga merugikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kerana terpaksa berkongsi keuntungan daripada milik sepenuhnya kerajaan Malaysia kepada syarikat pro Zionis.
Menurutnya, dalam masa sama ia seolah-olah seperti bersubahat dengan Israel secara tidak langsung kerana bekerjasama dengan BlackRock dan GIP.
"Kerajaan perlu tarik diri dan saya beritahu Dewan rakyat untuk selamatkan maruah Perdana Menteri kita sebagai pejuang Palestin dengan menyuruh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) batalkan atau bagi alasan bahawa GIP tidak sesuai jadi rakan strategik dalam pemilikan saham MAHB.
"Kita tidak bantah tambah baik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau lapangan terbang yang lain. Kita hanya mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia menswastakan MAHB untuk ditawarkan 30 peratus kepada GIP dan BlackRock," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 446 bertajuk 'Kenapa BlackRock? yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf, di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Pengarah Program MBA dari Putra Business School (PBS), Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.
Tambah beliau, lagipun semua pihak tidak mengetahui syarat yang dirunding oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan GIP.
"Kita bukan nafi kerajaan miliki lapangan terbang atau MAHB tetapi persoalkan proses penjualan itu dibuat secara sulit yang mana rakyat tidak tahu butirannya.
"30 peratus itu dikatakan tidak beri kesan kepada MAHB walhal jumlah peratusan itu boleh mengawal 70 peratus kalau ada proksi, ini banyak berlaku dalam syarikat," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 03 2024

Ahmad Fayhsal berkata kerajaan perlu menarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak memberi sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.

Kerajaan Perpaduan tidak pernah pertahan pihak bersekongkol dengan rejim zionis Israel
Kerajaan Perpaduan tidak pernah mempertahan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan rejim zionis Israel, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

MAHB akan raih manfaat daripada prestasi cemerlang GIP urus lapangan terbang
Global Infrastructure Partners (GIP) dalam Gateway Development Alliance (GDA) yakin Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mendapat manfaat daripada pelaburan yang tinggi.